Gema Semua Maklumat

PAS akan hantar bantuan ke Rakhine

PAS akan hantar bantuan ke Rakhine

KOTA BHARU, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – PAS akan menghantar bantuan ke Rakhine serta berunding dengan pihak kerajaan dan agensi antarabangsa bagi menghentikan kezaliman yang berlaku terhadap etnik muslim Rohingya.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bantuan itu akan disampaikan melalui PASRelief dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pada masa sama, beliau menyeru negara yang menandatangani Piagam Hak Asasi Manusia, Piagam Geneva, negara-negara ASEAN, PBB, negara Islam OIC, negara Islam serantau dan semua pejuang hak asasi manusia supaya berganding bahu memberi amaran kepada kerajaan Myanmar yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan hak kerakyatan masyarakat Rohingya.

“Kerajaan Malaysia wajib bekerjasama dan bertindak lebih proaktif dengan negara lain, parti politik, NGO dan agensi antarabangsa bukan saja menghantar misi kemanusiaan, tetapi semestinya memberi tekanan politik kepada Myanmar agar menghormati hak kemanusiaan. Kuasa politik amat penting untuk menghentikan penindasan ini.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa, marilah kita bersatu dan berganding bahu atas dasar kemanusiaan. Marilah kita mendesak kerajaan Myanmar agar menerima kerakyatan masyarakat Rohingya dan menyelesaikan konflik ini secara aman dan damai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, masyarakat dunia perlu sedar dan bangkit bahawa penindasan rakyat Rohingya adalah isu kemanusiaan yang turut menyentuh hak asasi manusia.

The post PAS akan hantar bantuan ke Rakhine appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS akan hantar bantuan ke Rakhine
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS akan hantar bantuan ke Rakhine"

Back To Top