Gema Semua Maklumat

MB Selangor tak sebut benarkan pesta arak di Selangor: Pengarah Komunikasi

MB Selangor tak sebut benarkan pesta arak di Selangor: Pengarah Komunikasi

BANGI, 5 Muharram 1439H, Selasa – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap akhbar UMNO, Utusan Malaysia, berikutan berita bahawa beliau membenarkan pesta arak diadakan di Selangor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata, adalah satu pembohongan nyata bahawa Menteri Besar membenarkan festival arak dan mengabaikan nasihat polis seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia pada muka hadapan akhbar terbabit.

“Kami mencabar Utusan Malaysia mengemukakan bukti Menteri Besar Selangor pernah berkata demikian. Laporan palsu dan tidak jujur itu menunjukkan Utusan Malaysia terus menjadi lidah UMNO untuk berbohong dan mengelirukan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Azmin yang kini dalam lawatan kerja di India, sudah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan satu notis tuntutan terhadap Utusan Malaysia.

“Beliau menuntut penarikan berita tanpa bersyarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi daripada Utusan Malaysia.

“Seperti yang dinyatakan Menteri Besar dalam kenyataan terdahulu, sebarang keputusan berhubung isu berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan hendaklah mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditetapkan. Beliau tidak akan mendahului Pihak Berkuasa Tempatan membabitkan perkara itu.

“Sebagai Menteri Besar, memang menjadi tanggungjawabnya untuk menegak dan mematuhi undang-undang, undang-undang kecil dan prosedur Kerajaan Negeri,” katanya.

Loong berkata, pendirian kerajaan negeri ialah sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, bukan sahaja perlu menghormati hak dan agama masyarakat lain, tetapi juga perlu mempertahankan hak mereka dan itu adalah dasar kerajaan negeri.

Pesta arak kena ikut peraturan jika dibuat di Selangor: MB

The post MB Selangor tak sebut benarkan pesta arak di Selangor: Pengarah Komunikasi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di MB Selangor tak sebut benarkan pesta arak di Selangor: Pengarah Komunikasi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "MB Selangor tak sebut benarkan pesta arak di Selangor: Pengarah Komunikasi"

Back To Top