Gema Semua Maklumat

KPWKM buat laporan polis, SKMM video ‘kitar semula’ tular

KPWKM buat laporan polis, SKMM video ‘kitar semula’ tular

PUTRAJAYA,  5 Muharram 1439H, Selasa – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penularan video ‘kitar semula’ di media sosial yang mendakwa rumah kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengabaikan penghuninya.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, video “Suara anak tong sampah” berdurasi kira-kira 15 minit yang tular sejak 21 September lalu merupakan sebuah video lama yang tersebar sejak 2012 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau turut menegaskan bahawa dakwaan lelaki yang merupakan bekas penghuni rumah kebajikan dalam video tersebut adalah tidak benar sekali.

“Pihak kementerian telah mengadakan pertemuan dengan individu dalam video berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Dia mengaku yang dia dibayar untuk itu.

“Perkara itu sudah selesai pada tahun 2012. Namun, pihak yang tidak bertanggungjawab mula mengitar semula video lama untuk mempolitikkan isu berkenaan dan menjejaskan imej kementerian dan JKM,” katanya dalam sidang media, semalam.

Menurut Rohani, individu dalam video berkenaan yang kini berusia 30 tahun ‘diburu’ pihak tidak bertanggungjawab untuk menerbitkan video baharu.

“Beliau telah insaf dan berubah. Jangan ganggu beliau lagi,” katanya. – Bernama

The post KPWKM buat laporan polis, SKMM video ‘kitar semula’ tular appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KPWKM buat laporan polis, SKMM video ‘kitar semula’ tular
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KPWKM buat laporan polis, SKMM video ‘kitar semula’ tular"

Back To Top