Gema Semua Maklumat

Harga petrol naik lagi 3 sen

Harga petrol naik lagi 3 sen

BANGI, 5 Safar 1439H, Rabu – Harga runcit minyak mingguan petrol naik lagi 3 sen bermula tengah malam ini.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, harga RON95 akan dijual RM2.20 seliter daripada RM2.17 minggu lalu.

Manakala harga RON97 pula naik kepada RM2.50 seliter daripada RM2.47 seliter.

Untuk harga diesel pula naik 2 sen daripada RM2.11 seliter kepada RM2.13 pada minggu ini.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 1 November depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

The post Harga petrol naik lagi 3 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga petrol naik lagi 3 sen
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Harga petrol naik lagi 3 sen"

Back To Top