Gema Semua Maklumat

Suami pukul isteri dengan ekor pari tak mengaku salah

Suami pukul isteri dengan ekor pari tak mengaku salah

KUANTAN, 29 jamadilawal 1439H, Khamis – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini hari ini, atas dakwaan memukul dan mencederakan isterinya dengan menggunakan ekor ikan pari di Taman Dato Rashid di sini, Selasa lalu.

Ruslan Ahmad, 32, berasal dari Muadzam Shah membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, Ruslan ddidapati dengan sengaja memukul isterinya, Norhayati Abdullah, 31, dengan menggunakan ekor ikan pari sehingga mengalami kecederaan di bahagian perut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 9 malam di rumahnya di Taman Dato Rashid, pada 13 Februari lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hayati Abdullah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes itu berat dan menetapkan 15 Mac depan bagi sebutan semula kes. – Bernama

The post Suami pukul isteri dengan ekor pari tak mengaku salah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Suami pukul isteri dengan ekor pari tak mengaku salah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Suami pukul isteri dengan ekor pari tak mengaku salah"

Back To Top