Gema Semua Maklumat

Giliran Kelantan pula dilanda banjir

Giliran Kelantan pula dilanda banjir -
Banjir mula landa Kelantan, 162 mangsa dipindah
N Faizal Ghazali      26 Nov 2017, 9:41 pm
Sejumlah tujuh pusat pemindahan banjir mula dibuka di beberapa kawasan di negeri Kelantan hari ini, susulan hujan berterusan yang melanda sejak semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Nazili Mahmood berkata, seramai 162 mangsa sudah dipindahkan setakat jam 5 petang tadi.

"Sehingga jam 5 petang, tujuh pusat pemindahan dibuka membabitkan 162 orang mangsa.

"Ia melibatkan kawasan Ketereh, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah," katanya kepada Malaysiakini.

JBPM Kelantan sebelum ini berkata sedia berhadapan sebarang kemungkinan banjir di negeri itu, dengan kekuatan seramai 1,127 anggota termasuk bomba bantuan dan sukarela.

Jabatan itu berkata mereka mempunyai kemudahan dan aset yang mencukupi untuk menghadapi musibah itu, termasuk 37 bot penyelamat dan tujuh lori yang ditempatkan di kawasan berisiko dinaiki air seperti Gua Musang, Kuala Krai, Rantau Panjang, Pasir Puteh dan Jeli, khususnya berhampiran laluan utama Sungai Kelantan.

Nazili berkata lagi, tujuh pusat pemindahan tersebut adalah Dewan Pasar Salor yang kini menempatkan 21 mangsa; Pusat Islamic Outreach Kok Lanas (63) dan Madrasah Haji Daud Pasir Mas (9).

Pusat pemindahan juga dibuka di Sekolah Kebangsaan Kamil 1, Pasir Puteh (11 mangsa); Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja (24), manakala Sekolah Kebangsaan Changgai di Pasir Puteh dan Sekolah Kebangsaan Sri Kelewek di Tanah Merah masing-masing menempatkan 17 orang mangsa.


Giliran Kelantan pula dilanda banjir merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Giliran Kelantan pula dilanda banjir
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Giliran Kelantan pula dilanda banjir"

Back To Top