KOTA KINABALU, 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Seorang lelaki rentung selepas lori yang dipandunya terbakar setelah terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 90 meter di Jalan Ranau-Telupid berhampiran Kampung Nabutan, Ranau, kira-kira 100km dari sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai hilang kawalan ke atas lori dipandunya dan terbabas.
Ketua Balai Bomba Ranau Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.43 pagi dan enam anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah lori sarat muatan sawit terbakar. Mangsa ditemukan dalam keadaan rentung selepas kerja-kerja mengalihkan lori tersebut dilakukan dan operasi ditamatkan pukul 1 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Bernama
The post Pemandu lori rentung dalam kemalangan di Jalan Ranau-Telupid appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada firdaus.sayeda sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Pemandu lori rentung dalam kemalangan di Jalan Ranau-Telupid
0 Komentar untuk "Pemandu lori rentung dalam kemalangan di Jalan Ranau-Telupid"