Gema Semua Maklumat

Agensi agama perlu manfaatkan WhatsApp, Telegram

Agensi agama perlu manfaatkan WhatsApp, Telegram

KUALA LUMPUR, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru agensi agama di negara ini untuk memanfaatkan penggunaan aplikasi media sosial tertutup seperti WhatsApp dan Telegram sebagai medium baharu untuk menyebarkan isu-isu keagamaan kepada masyarakat.

Beliau berkata, aplikasi demikian yang menjadi trend baharu adalah lebih ‘berkuasa’ dan memberikan impak lebih baik kerana mudah tular serta dekat dengan masyarakat berbanding aplikasi bersifat terbuka seperti Facebook, Instagram atau Twitter.

“Jadi saya sarankan agensi agama memanfaatkan segala aplikasi ini dan bukan sekadar guna medium forum atau diskusi  sahaja untuk sebar luaskan pengetahuan terutama dalam membicarakan isu perkahwinan serta punca penceraian yang mampu dijadikan iktibar,” katanya ketika merasmikan program diskusi ‘Sah Nikah Sah Nasab’ dan pelancaran Buku Kompilasi Kes-Kes Runding Cara Jabatan Agama Islam Wilayan Persekutuan (JAWI) di Kompleks Pusat Islam JAWI di sini, hari ini.

Asyraf berkata, dunia kini adalah dunia tular yang mempunyai ‘kelompok tular’ iaitu individu yang gemar menyebarluaskan sesuatu perkara melalui media sosial sama ada terbuka atau tertutup.

Justeru, beliau berharap supaya sebarang aktiviti atau isu keagamaan bukan sahaja dibukukan atau disebarkan dalam bentuk fizikal namun turut disebarkan melalui aplikasi yang lebih dekat dengan masyarakat supaya lebih ramai mendapat manfaat.

The post Agensi agama perlu manfaatkan WhatsApp, Telegram appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Agensi agama perlu manfaatkan WhatsApp, Telegram
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Agensi agama perlu manfaatkan WhatsApp, Telegram"

Back To Top