KUALA TERENGGANU, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Kerajaan Terengganu menubuhkan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) bagi melindungi hak dan kepentingan negeri dalam industri minyak dan gas.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, penubuhan TPC sudah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 17 Mei lalu dan mendapat perkenan Sultan Terengganu.
Bagaimanapun, katanya, pendekatan Terengganu berbeza dengan langkah kerajaan Sarawak yang menubuhkan syarikat minyak dan gas (PETROS).
“TPC adalah sebuah entiti baharu yang akan bertindak sebagai platform bagi kerajaan negeri merencana, menyelaras, dan memantau urusan yang berkaitan dengan industri petroleum di negeri ini.
“Ia turut diberi mandat untuk mengkaji kemungkinan dan mengenal pasti potensi manfaat untuk rakyat di sepanjang nilai rantaian industri berkenaan,” katanya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Khamis.
Razif menjelaskan, TPC berada di bawah naungan Sultan Mizan Zainal Abidin dan dipengerusikan oleh Menteri Besar serta dianggotai oleh wakil pentadbiran negeri, GLC dan pemain industri.
The post Terengganu tubuh Majlis Petroleum appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Terengganu tubuh Majlis Petroleum
0 Komentar untuk "Terengganu tubuh Majlis Petroleum"