Maksud Sekular-Sekularisasi-Sekularisme
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Maksud Sekular-Sekularisasi-Sekularisme
Maksud Sekular-Sekularisasi-Sekularisme
Secara simplistik, sekularisme bermaksud pemisahan antara agama dan urusan dunia. Berikut adalah catatan ringkas dari buku Islam & Sekularisme karya ilmuwan ulung tanah air, Prof Dr Syed Naquib Al Attas dalam bab “Sekular-Sekularisasi-Sekularisme”.
Maksud Sekular
- Secular berasal dari bahasa Latin saeculum merujuk kepada dua pengertian iaitu waktu dan ruang (atau tempat).
- Definasi sekular yang difahami kini, merujuk kepada dunia atau duniawi. Saeculum bermakna masa kini. Dan ia juga bererti peristiwa-peristiwa masa kini.
- Disebabkan oleh konsep sekular yang merujuk kepada “keadaan dunia pada ketika ini”, maka ia mudah berkembang dan diterima kerana seolahnya ia adalah konsep yang “up-to-date”.
- Jadi fahaman relativisme tentang nilai-nilai kemanusiaan, iaitu nilai manusia boleh berubah mengikut keadaan ruang dan tempat, mudah untuk mendapat sambutan.
Maksud Sekularisasi
- Sekularisasi pula didefinasikan sebagai pembebasan manusia dari kongkongan agama, kemudian dari kongkongan metafizik yang mengatur akal dan bahasanya. Ini adalah definasi yang diberikan ahli teologi Belanda Corenlis van Peursen.
- Corenlis van Peursen menghuraikan lagi maksud sekularisasi sebagai, “membebaskan dunia dari kefahaman mengenai dirinya yang berdasarkan agama dan kefahaman berunsurkan keagamaan, menolak segala pandangan alam (worldview) yang tertutup, menghapuskan semua mitos luar biasa dan simbol yang dianggap kudus”.
- Sekularisasi juga dimaksudkan “membebaskan perjalanan sejarah dari campur tangan nasib”. Manusia adalah berkuasa penuh kepada apa yang ingin kecapi. Manusia tidak boleh lagi menyalahkan takdir, nasib atau kuasa lain.
- Hasil terakhir dari sekularisasi adalah relativisme kesejarahan. Konsep relativisme adalah bahawasanya di sana tiada kebenaran mutlak (absolute truth).
- Setiap pandangan ada persepsi dan pertimbangan tersendiri. Bahawasanya apa yang berkait dengan sesuatu peristiwa sejarah ada persepsi dan pertimbangan tersendiri.
- Ini sangat bertentangan dengan pandangan Islam, bahawasanya di dalam sejarah dan perjalanan kehidupan manusia, sentiasa ada pertembungan antara haq dan batil.
- Sejarah menurut mereka, adalah suatu proses sekularisasi.
- Bahagian utama dari dimensi proses sekularisasi adalah :
Gambarajah : Proses sekularisasi
Maksud Sekularisme
- Sekularisasi dikatakan berbeza dengan sekularisme.
- Menurut Weber, sekularisasi merupakan suatu proses yang berlanjutan dan terbuka (open-ended), di mana nilai-nilai pandangan alam (worldview) diperbaharui sesuai dengan peredaran zaman yang berevolusi.
- Menurut Weber lagi, sekularisme, sepertimana agama, menayangkan pandangan alam yang tertutup (closed-ended) dan faham nilai yang mutlak sesuai dengan adanya maksud akhir sejarah yang menentukan hakikat manusia.
- Sekularisme turut menerima tiga dimensi proses sekularisasi yang disebut dalam gambarajah di atas. Namun begitu, sekularisme dikatakan tidak menghapus kesucian dan kemutlakan nilai-nilai kerana ia membentuk sistem nilainya sendiri dengan maksud agar dipandang sebagai mutlak dan tidak berubah.
- Maka sekularisme memberi maksud sebuah idealogi. (Catatan : Sebenarnya sekularisme cuba mendefinasikan dirinya bahawa ia juga adalah seperti agama!)
- Di atas berbezaan open-ended vs. closed-ended dalam menerima sesuatu nilai, sekularisasi menganggap sekularisme sebagai ancaman terhadap sekularisasi dan mendesak agar ia terus diawasi dan dikekang supaya tidak menjadi idealogi sesebuah negara.
- Sekularisme dikatakan masih tidak menolak unsur keagamaan sepenuhnya. Tetapi sekularisasi menolak terus unsur keagamaan.
- Sepertimana berlaku sekularisme yang melanda Kristian. Iaitu mereka masih mahu kekal dengan nilai Kristian, tetapi dengan melaksanakan pemisahan pada bahagian tertentu antara dunia dan agama di dalam ajaran agama mereka. Kristian di Barat mengambil dan menyerap hukum-hukum dari Rom dan Yunani, dan membangun teologi dan metafizik yang terperinci bagi memenuhi kelompongan yang ada di dalam ajaran Kristian Barat itu.
- Natijah akhir yang dikehendaki sekularisasi pula, adalah atheisme. Penolakan terus terhadap apa sahaja berkait agama dan ketuhanan.
Penulis: Norhidayah Ismail, Aktivis Wanita Isma
The post Maksud Sekular-Sekularisasi-Sekularisme appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Maksud Sekular-Sekularisasi-Sekularisme
Tag :
Malaysia
1 Komentar untuk "Maksud Sekular-Sekularisasi-Sekularisme"
Great post
Kontraktor Pameran
Jasa Pembuatan Booth Pameran
Kontraktor Booth Pameran
Jasa Pembuatan Booth
Jasa Dekorasi Booth Pameran