Gema Semua Maklumat

Hujan lebat, angin kencang di Johor

Hujan lebat, angin kencang di Johor

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di beberapa daerah di Johor.

Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga 7 petang ini.

Keadaan itu dijangka melanda daerah Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

MetMalaysia masih mengekalkan amaran cuaca waspada di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula Ahad sehingga Rabu depan.

The post Hujan lebat, angin kencang di Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Hujan lebat, angin kencang di Johor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Hujan lebat, angin kencang di Johor"

Back To Top