BANGI, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Isu perebutan dan pembahagian kerusi gabungan pembangkang Pakatan Harapan, dilihat tidak berkesudahan apabila pelbagai pertikaian timbul sejak kebelakangan ini.
Terkini, parti rasis dan cauvinis DAP menarik balik kerusi Parlimen Ayer Hitam, yang sebelum ini ditawarkan kepada Parti Amanah Negara (PAN).
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, partinya itu memutuskan untuk bertanding di kawasan berkenaan dan memberikan alasan gagal mendapatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam rundingan PH, punca DAP menarik semula tawaran itu.
“Kita mahu meletakkan calon PAN sebab mereka cuma ada dua kerusi parlimen di Johor.
“Tapi sebab PAN dapat 12 kerusi DUN yang boleh dianggap agak banyak. Sebab DAP tak dapat tambahan kerusi DUN, jadi kita minta semula Ayer Hitam,” katanya seperti dilapor portal pro UMNO, semalam.
Sehingga kini, PAN mahupun pimpinan Pakatan Harapan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan DAP itu.
The post DAP tak jadi beri kerusi Ayer Hitam kepada PAN appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di DAP tak jadi beri kerusi Ayer Hitam kepada PAN
0 Komentar untuk "DAP tak jadi beri kerusi Ayer Hitam kepada PAN"