BANGI, 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Keadaan angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore dan Reef North.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman rasminya memaklumkan, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu dijangka bermula Isnin hingga Khamis ini.
Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan, termasuk perkhidmatan feri.
Dalam kenyataan sama, jabatan berkenaan turut memberi amaran kencang dan laut bergelora (kategori pertama), dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, selatan Condore, Bunguran, Reef South, tenggara Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu.
Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu juga, dijangka bermula Isnin sehingga Khamis.
Keadaan berkenaan berbahaya bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
The post Amaran angin kencang, laut bergeloran bermula esok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Amaran angin kencang, laut bergeloran bermula esok
0 Komentar untuk "Amaran angin kencang, laut bergeloran bermula esok"