Gema Semua Maklumat

Imigresen hantar pulang 23,000 PATI terlibat jenayah

Imigresen hantar pulang 23,000 PATI terlibat jenayah

PUTRAJAYA, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Jabatan Imigresen telah menghantar pulang 23,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) sehingga Mei tahun ini atas pelbagai kesalahan jenayah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafar Ali berkata, warga Indonesia adalah antara jumlah pendatang haram tertinggi yang dihantar pulang dengan 6,849 orang diikuti Bangladesh seramai 4,220 orang.

“Kita memerlukan pekerja asing. Tetapi, kita tidak akan bertolak ansur dengan penglibatan jenayah mereka.

“Mereka melanggar syarat-syarat pas mereka ke sini. Malah, mereka terlibat dengan banyak aktiviti tidak bermoral di sini,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Antara kesalahan jenayah membabitkan pendatang asing seperti pelacuran, penipuan wang, pembunuhan, ragut dan penculikan.

Setakat ini, terdapat 13 pusat tahanan di seluruh negara dan Jabatan Imigresen telah menahan seramai 146,876 pendatang tanpa izin dalam siri operasi di seluruh negara yang dijalankan pada 2014 hingga 2016.

The post Imigresen hantar pulang 23,000 PATI terlibat jenayah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Imigresen hantar pulang 23,000 PATI terlibat jenayah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Imigresen hantar pulang 23,000 PATI terlibat jenayah"

Back To Top