PUTRAJAYA, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Pemuda pakatan harapan hari ini bertindak kasar apabila merantai dan mengunci pagar di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tindakan itu dibuat susulan ketidakpuasan hati mereka terhadap SPR yang enggan menerima memorandum bantahan larangan edaran salinan Rang Daftar Pemilik Tambahan (RDPT).
Memorandum itu difahamkan bertujuan untuk menggesa badan bebas itu menarik semula larangan pengedaran salinan RDPT kepada parti politik.
Dilaporkan, hampir sejam kumpulan pemuda pakatan harapan berkumpul di perkarangan Menara SPR di Putrajaya, menunggu Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah turun.
Bagaimanapun, salah seorang pegawai SPR memaklumkan Mohd Hashim tiada di Putrajaya, sebaliknya berada di Ipoh atas urusan rasmi.
Mesyuarat SPR ke-773 pada 28 Mac lalu telah memutuskan agar RDPT dalam bentuk buku dan cakera padat tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik mulai Pameran RDPT Suku Tahun Pertama 2017.
The post Marah tak terima memorandum, pemuda pakatan harapan rantai pagar pejabat SPR appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Marah tak terima memorandum, pemuda pakatan harapan rantai pagar pejabat SPR
0 Komentar untuk "Marah tak terima memorandum, pemuda pakatan harapan rantai pagar pejabat SPR"