Gema Semua Maklumat

SPRM lancar dua kempen anti rasuah

SPRM lancar dua kempen anti rasuah

KUALA LUMPUR, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini telah melancarkan dua kempen anti rasuah secara serentak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, dua kempen itu adalah Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan Kempen 3J yang bermaksud ‘Jangan Hulur, Jangan Kawtim (kompromi) dan Jangan Settle (selesai)’.

“Gerah adalah gerakan revolusi sosial untuk mengubah pemikiran, sikap dan persepsi masyarakat terhadap salah laku rasuah dan pelakunya sekaligus membenci perbuatan terkutuk tersebut.

“Manakala, Kempen 3J pula dilancarkan bagi menyampaikan mesej yang kuat kepada masyarakat untuk membanteras rasuah secara bersama,” katanya ketika pelancaran Kempen 3J di Menara Star pada Isnin.

Dzulkifli berkata, pihaknya menggunakan perkataan yang mudah supaya pesanan yang hendak disampaikan lebih mudah difahami oleh masyarakat.

“Saya tidak akan benarkan (rasuah), SPRM tidak akan benarkan dan kami harap anda juga tidak akan membenarkan ia berlaku,” tegasnya.

Pada masa sama, Dzulkifli memberitahu, SPRM akan bertindak lebih agresif untuk membuat tangkapan ke atas mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah.

“Setiap minggu akan ada pertuduhan, siasatan dan tangkapan dibuat bagi memastikan rasuah dapat dibanteras dengan berkesan.

“Komitmen ini menunjukkan bahawa kita betul-betul serius untuk ambil tindakan memerangi pesalah rasuah,” katanya.

The post SPRM lancar dua kempen anti rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM lancar dua kempen anti rasuah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM lancar dua kempen anti rasuah"

Back To Top