IPOH, 5 Syawal 1438H, Khamis – Kira-kira 20 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Perak membuat laporan polis berhubung status menghina, mencerca hingga menyentuh sensitiviti umat Islam dimuat naik di laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Difahamkan, status berkenaan didapati mencerca serta menghina khutbah yang melabel fahaman liberalisme, LGBT dilabel sebagai musuh Islam.
Status yang dipercayai milik individu yang hanya dikenali sebagai Amirul Mukminin yang dimuat naik sejurus tamat khutbah Aidilfitri itu, juga mencerca agama Islam sebagai agama persekutuan dan berdoa dalam bahasa Arab, Qatar dikatakan Muhajirin.
Status berkenaan turut menghina khatib (imam) dengan kata-kata kesat yang keterlaluan.
Sementara itu, pihak polis memaklumkan akan melakukan siasatan berhubung perkara berkenaan.
The post 20 NGO buat laporan polis pengguna Facebook muat naik status hina Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 20 NGO buat laporan polis pengguna Facebook muat naik status hina Islam
0 Komentar untuk "20 NGO buat laporan polis pengguna Facebook muat naik status hina Islam"