BANGI, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Sebuah pesawat Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik ke Melbourne, Australia selepas seorang penumpang dilaporkan cuba merampas dan memasuki kokpit, sambil mendakwa memiliki bahan letupan, sebentar tadi.
Laporan bagaimanapun, menyebut 11 penumpang lain berjaya menangkap lelaki terbabit, sementara Abus A330 itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne, tanpa ada sesiapa yang cedera.
Sepasukan anggota polis persekutuan Australia bersenjata raifal menaiki pesawat MH128 itu sebaik mendarat jam 11.41 malam tadi, untuk melakukan pemeriksaan. Bagaimanapun, tiada bom yang ditemui.
Pesawat itu yang berlepas dari Melbourne ke Kuala Lumpur kira-kira jam 11.11 malam tadi dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 5.28 pagi ini.
Berikutan kejadian itu, lapangan terbang Melbourne ditutup kepada semua operasi dan penerbangan. Semua penerbangan keluar dari Tullamarine dibatalkan, manakala semua pesawat yang datang dilencongkan ke lapangan terbang Avalon.
Penumpang mendakwa, lelaki itu memegang peranti frekuensi elektronik. Dia kini berada dalam tahanan polis persekutuan Australia.
Laporan menyebut lelaki itu warga Sri Lanka dan dalam keadaan mabuk. – Agensi
The post Cubaan rampas pesawat MAS, MH128 patah balik ke Melbourne appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Cubaan rampas pesawat MAS, MH128 patah balik ke Melbourne
0 Komentar untuk "Cubaan rampas pesawat MAS, MH128 patah balik ke Melbourne"