Gema Semua Maklumat

DUN bincang keperluan adakan PRK Nenggiri

DUN bincang keperluan adakan PRK Nenggiri

BANGI, 8 Ramadan 1438H, Sabtu – Perbincangan akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan keperluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri atau sebaliknya, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.

Memetik portal Harakahdaily hari ini, Abdullah Ya’kub berkata, DUN akan berbincang untuk melihat segenap sudut kemungkinan atau sebaliknya PRK berkenaan.

“Ini kerana kebiasaan selepas tiga tahun tarikh pilihan raya umum lepas berlalu, tiada lagi PRK biarpun ada kekosongan berlaku.

“Biar pun semalam ada kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengatakan terpulang kepada Speaker untuk mengadakan PRK di Nenggiri,” katanya.

Khamis lalu, Abdullah Ya’kub mengisytiharkan Adun daripada Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani, hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mat Yusoff diisytiharkan muflis daripada Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor pada 28 Mei lalu.

The post DUN bincang keperluan adakan PRK Nenggiri appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di DUN bincang keperluan adakan PRK Nenggiri
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "DUN bincang keperluan adakan PRK Nenggiri"

Back To Top