BRUSSELS, 16 Ramadan 1438H, Ahad – Kesatuan Eropah (EU) mengecam tindakan rejim Israel meluluskan pelan pembinaan ribuan penempatan haram di kawasan yang diduduki di Tebing Barat.
Wakil Tertinggi EU, Federica Mogherini dalam satu kenyataan berkata, keputusan membina lebih 3,000 unit penempatan baru di Tebing Barat akan merumitkan usaha damai konflik Palestin-Israel.
“Dasar yang berterusan Israel mengembangkan penempatan haram di Tebing Barat adalah tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa.
“EU menyeru kedua-dua pihak melibatkan diri dalam proses yang bermakna iaitu mencapai penyelesaian rundingan antara dua negara.
“Ia juga adalah langkah bagi memenuhi aspirasi kedua-dua pihak untuk mencapai keadilan dan mengekalkan keamanan,” katanya.
Minggu lalu, panel Israel merangka untuk membina sejumlah 3,178 unit penempatan di seluruh Tebing Barat yang diduduki. – Agensi
The post EU kecam rancangan Israel bina penempatan haram di Tebing Barat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di EU kecam rancangan Israel bina penempatan haram di Tebing Barat
0 Komentar untuk "EU kecam rancangan Israel bina penempatan haram di Tebing Barat"