KOTA BHARU, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Pergolakan antara beberapa negara Arab dan Qatar ketika ini tidak akan menjejaskan persiapan Tabung Haji (TH) dalam mengurus 30,200 jemaah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, tahun ini.
Memberi jaminan itu, Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahman berkata, konflik diplomatik berkenaan tidak memberi kesan pada perjalanan dan kuota haji yang sudah diputuskan Arab Saudi sebelum ini.
“Saya percaya tiada sebarang masalah atau kesan daripada krisis berkenaan dengan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dijadualkan pada 22 Julai ini.
“Bagaimanapun, saya mahu merayu kepada semua jemaah supaya mendengar segala arahan yang dikeluarkan TH dari semasa ke semasa bagi memudahkan penjagaan keselamatan mereka.
“Pada masa sama, saya sendiri akan mengetuai rombongan tahun ini bagi memastikan semua jemaah selesa, selamat dan kebajikannya dijaga,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada 3,000 penerima pada Program Ziarah Kasih Ramadan Al Mubarak Parlimen Kota Bharu anjuran Yayasan Tabung Haji dan UMNO di Sekolah Kebangsaan Tanjung Mas, di sini, hari ini.
The post Isu Qatar: Persiapan TH urus ibadah haji tak terjejas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isu Qatar: Persiapan TH urus ibadah haji tak terjejas
0 Komentar untuk "Isu Qatar: Persiapan TH urus ibadah haji tak terjejas"