Gema Semua Maklumat

Jemaah haji diingat jangan terlibat politik, tumpu ibadah

Jemaah haji diingat jangan terlibat politik, tumpu ibadah

PASIR GUDANG, 21 Ramadan 1438H, Jumaat – Pengerusi Lembaga Tabung Haji mengingatkan jemaah Malaysia supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan politik ketika di Tanah Suci susulan krisis Teluk ketika ini.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, jemaah sebaliknya perlu memberi sepenuhnya tumpuan kepada ibadah mereka ketika di Tanah Suci.

“Kami berharap agar jemaah haji kita akan berpegang teguh kepada nasihat dan arahan yang diberi oleh kakitangan TH yang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, TH akan memaklumkan mengenai perkembangan terbaru di Makkah dan Madinah kepada jemaah haji negara dari semasa ke semasa.

The post Jemaah haji diingat jangan terlibat politik, tumpu ibadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jemaah haji diingat jangan terlibat politik, tumpu ibadah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jemaah haji diingat jangan terlibat politik, tumpu ibadah"

Back To Top