KUALA LUMPUR, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui KTM Komuter melancarkan perkhidmatan basikal oBike di stesennya dalam usaha meningkatkan kesalinghubungan rangkaian sistem pengangkutan awam.
oBike adalah perkhidmatan perkongsian sewa basikal tanpa stesen.
Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan basikal tersebut yang berada di pelbagai lokasi melalui aplikasi oBike sebelum membuka kunci basikal menggunakan kod respons pantas dengan kadar caj RM1 setiap 15 minit.
“Dengan perkhidmatan ini, pengguna boleh memilih untuk berbasikal daripada pelbagai lokasi ke stesen KTM terdekat sebelum menyambung perjalanan dengan komuter dan pengangkutan awam lain.
“Secara tidak langsung usaha ini akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam,” katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan tersebut di Stesen KTM Subang Jaya, dekat sini.
Khair Johari berkata sebagai permulaan, stesen Subang Jaya menjadi projek perintis perkhidmatan itusebelum ia diperluaskan ke stesen lain.
“Kita sedang kenal pasti stesen berhampiran dengan institusi pengajian tinggi dan tarikan pelancong kerana perkhidmatan komuter popular dalam kalangan pelajar,” katanya. – Bernama
The post KTMB lancar perkhidmatan basikal oBike appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KTMB lancar perkhidmatan basikal oBike
0 Komentar untuk "KTMB lancar perkhidmatan basikal oBike"