MELAKA, 12 Ramadan 1438H, Rabu – Para lepasan maahad tahfiz digalakkan untuk mengambil mata pelajaran tingkatan empat dan lima bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan.
Bercakap perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi membolehkan golongan huffaz melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seterusnya berkhidmat kepada negara dalam bidang profesional.
“Kerajaan mahu golongan huffaz menjadi golongan profesional bukan setakat menghafaz al-Quran semata-mata.
“Kita mahu mereka menjadi jurutera, doktor dan juruterbang malah mereka ini juga yang bakal menjadi Menteri Pertahanan atau Menteri Dalam Negeri suatu ketika kelak,” katanya ketika berucap dalam Program Penerapan Nilai-nilai Murni Di Bulan Ramadan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat negeri Melaka di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.
Ahmad Zahid berkata, langkah itu yang akan bermula tahun depan hasil perjumpaan dan perbincangan antara beliau dengan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) baru-baru ini.
Pada masa sama, beliau memaklumkan, kerajaan menyasarkan untuk melahirkan kira-kira 125,000 huffaz di seluruh negara menjelang 2050 menerusi dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Sasaran itu penting dalam melahirkan generasi yang mampu memba-ngunkan sebuah negara sejahtera, aman, harmoni dan mendapat keberkatan serta keredaan daripada Allah,” katanya.
The post Lepasan tahfiz disaran ambil mata pelajaran SPM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lepasan tahfiz disaran ambil mata pelajaran SPM
0 Komentar untuk "Lepasan tahfiz disaran ambil mata pelajaran SPM"