RIYADH, 14 Ramadan 1438H, Isnin – Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain yang telah memutuskan hubungan dengan Doha, mengeluarkan senarai 59 individu dan 12 organisasi yang didakwa mempunyai hubungan dengan Qatar bagi aktiviti keganasan.
Dalam satu kenyataan bersama, senarai itu dilaporkan menunjukkan Qatar mengumumkan perang terhadap keganasan, namun pada masa sama menyumbang dana, menyokong dan melindungi pengganas.
Senarai itu mengandungi sekurang-kurangnya dua nama yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa sebagai pembiaya pengganas, menurut laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Kedua-dua nama itu ialah, Saad al-Ka’bi dan Abd al-Latif al-Kawari, adalah antara berpuluh-puluh individu dan entiti dinamakan oleh Arab Saudi dan tiga sekutunya.
“Senarai ini dikaitkan dengan Qatar. Ia menunjukkan agenda meragukan dasar bermuka-muka kerajaan negara ini,” kata kenyataan itu.
Qatar dalam respon bagi pihaknya pula memberi jaminan tidak menyerah kalah dalam dasar luarnya.
Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed din Abdulrahman al-Thani berkata, beliau lebih gemar krisis itu diselesaikan menerusi dialog dan tidak menggunakan penyelesaian ketenteraan. – Agensi
The post Saudi, sekutu keluarkan senarai pengganas Qatar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Saudi, sekutu keluarkan senarai pengganas Qatar
0 Komentar untuk "Saudi, sekutu keluarkan senarai pengganas Qatar"