Gema Semua Maklumat

TNB bagi tips tinggalkan rumah dalam keadaan selamat

TNB bagi tips tinggalkan rumah dalam keadaan selamat

BANGI, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Orang ramai dinasihat meninggalkan kediaman dengan peralatan elektrik dalam keadaan baik dan selamat sempena cuti perayaan Aidilfitri ini.

Pengurus Besar Kanan, (Hal Ehwal Korporat), Kumpulan Komunikasi Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, pengguna boleh mengikuti beberapa tips penggunaan elektrik bersifat praktikal dan bijak tenaga sebelum pulang ke kampung.

“Antara beberapa tips yang mudah diamalkan ialah pastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mengelak arus elektrik terus mengalir.

“Sekiranya perlu menyalakan lampu rumah bagi mengelakkan kecurian, sila pertimbangkan penggunaan timer supaya lampu tidak dipasang 24 jam sehari,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pengguna juga perlu memastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) berlebihan.

“Uji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) atau Residual Current Circuit Breaker, adalah satu amalan sebulan sekali,” katanya.

Pengguna disaran menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk mendapatkan bantuan.

The post TNB bagi tips tinggalkan rumah dalam keadaan selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di TNB bagi tips tinggalkan rumah dalam keadaan selamat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "TNB bagi tips tinggalkan rumah dalam keadaan selamat"

Back To Top