Gema Semua Maklumat

Van putih rempuh pejalan kaki di London Bridge

Van putih rempuh pejalan kaki di London Bridge

LONDON, 9 Ramadan 1438H, Ahad – Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam serangan rempuhan van di London Bridge, malam tadi.

Seorang saksi di atas jambatan itu memberitahu agensi berita CNN bahawa van itu telah merempuh pejalan kaki merentasi jambatan hingga mengakibatkan beberapa mereka terbaring di jalan tersebut.

Seorang lagi saksi, yang berada di kafe berhampiran berkata, seorang lelaki dengan pisau besar memasuki restoran di Borough Market, di selatan jambatan, dan menikam dua orang yang berada di dalamnya.

Manakala, para pengunjung yang lain berlindung di ruangan bawah tanah dan polis kemudiannya tiba di tempat kejadian, kata saksi.

Polis dikatakan menerima maklumat pada jam 10.08 malam waktu tempatan berkenaan sebuah van putih merempuh lima hingga enam orang di jambatan tersebut.

Saksi berkata, terdapat dua atau tiga lelaki bertopeng yang seterusnya keluar dari van mereka dan mula menyerang orang ramai dengan pisau.

Sementara itu, Wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Holly Jones, yang berada di lokasi kejadian itu, berkata, beliau melihat sebuah van dipandu lelaki pada kelajuan kira-kira 80 kilometer sejam.

Katanya, lima orang dirawat kerana cedera selepas kenderaan itu merempuh dan melanggar mereka.

Beliau berkata, seorang lelaki yang tidak memakai baju dan digari, ditangkap polis. – Agensi

The post Van putih rempuh pejalan kaki di London Bridge appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Van putih rempuh pejalan kaki di London Bridge
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Van putih rempuh pejalan kaki di London Bridge"

Back To Top