Gema Semua Maklumat

Pemimpin kena ubah pemikiran, ikut acuan Islam laksana undang-undang Syariah

Pemimpin kena ubah pemikiran, ikut acuan Islam laksana undang-undang Syariah

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 27 Syawal 1438H, Jumaat – Banyak perkara berkaitan hal ehwal agama Islam khususnya usaha memperkasakan undang-undang Syariah boleh dilaksanakan jika minda pemimpin dapat diperbetul mengikut pemikiran dan acuan Islam, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Katanya, masalah besar terhadap pelaksanaan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal agama bukan bersandar kepada Perlembagaan, sebaliknya terletak pada corak pemikiran pemimpin negara yang tidak faham dan jelas dengan hala tuju politik Islam mereka.

Menyokong cadangan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar supaya undang-undang Islam tidak dibawa lagi ke Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan, beliau berkata, Perlembagaan Malaysia boleh diisi dengan urustadbir mengikut kehendak Islam.

“Bagaimanapun, perkara itu menjadi peranan dan tanggungjawab kepada pemimpin kita untuk membenarkan ia terlaksana sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Zainul Rijal.

“Sebab itu, cara pemikiran pemimpin ini perlu mengikut acuan Islam supaya undang-undang Syariah dapat dilaksanakan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Zainul Rijal hari ini berkata, pembentangan apa-apa rang undang-undang Islam di Dewan Rakyat hanya mengundang campur tangan daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara bukan Islam, sehingga umat Islam tidak lagi memiliki hak eksklusif untuk mentadbir agama sendiri.

Jelas beliau, Perkara 11 (3)(a) yang menjamin hak kepada kepada mana-mana kumpulan menguruskan hal ehwal agama mereka tidak digunakan sebaik mungkin sehingga merugikan agama itu sendiri, terutama Islam.

“Hakikatnya pada masa sekarang orang Islam tidak secara eksklusif boleh mentadbir agama mereka sendiri apabila jemaah menteri bukan Islam, ahli Parlimen bukan Islam, Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat turut mengambil bahagian dalam perbahasan menyentuh kemurnian Islam fiqh dan juga ajaran yang sangat mendasar,” katanya.

BERITA BERKAITAN:

Tak perlu lagi undang-undang Islam dibentang di Parlimen untuk elak campur tangan kafir

The post Pemimpin kena ubah pemikiran, ikut acuan Islam laksana undang-undang Syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pemimpin kena ubah pemikiran, ikut acuan Islam laksana undang-undang Syariah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pemimpin kena ubah pemikiran, ikut acuan Islam laksana undang-undang Syariah"

Back To Top