Gema Semua Maklumat

Jalan Keling Pundek 1 dibuang dari Google Maps, Waze

Jalan Keling Pundek 1 dibuang dari Google Maps, Waze

SHAH ALAM, 11 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Nama jalan yang disifatkan menyakitkan hati atau bersifat perkauman di Seksyen 23 di sini – Jalan Keling Pundek 1 – sudah dikeluarkan daripada peta laluan Google dan aplikasi Waze, tengah hari semalam, lapor The Star.

Nama itu diberi kepada jalan yang belum dinamakan yang terletak berhampiran Jalan Rezab Buang bersebelahan tanah kosong dan beberapa buah rumah.

Penamaan jalan itu dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Unit Komunikasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, jalan di Shah Alam dinamakan mengikut nama bunga, peralatan muzik, pertanian, buah-buahan atau sungai dan lain-lain lagi.

“Nama bagi jalan di Seksyen 23 diambil sempena nama sungai seperti Jalan Sungai Damansara, Sungai Renggam dan Sungai Rasau,” katanya.

Beliau berkata, pihak tidak bertanggungjawab dipercayai meletakkan nama itu di jalan baru di kawasan berkenaan.

The post Jalan Keling Pundek 1 dibuang dari Google Maps, Waze appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jalan Keling Pundek 1 dibuang dari Google Maps, Waze
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jalan Keling Pundek 1 dibuang dari Google Maps, Waze"

Back To Top