Penasihat DAP kata rakyat Malaysia perlu letak agama di tempat kedua, negara yang pertama
BANGI, 26 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Penasihat parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang mendakwa beliau bukan anti-Melayu dan anti-Islam seperti dituduh pemimpin UMNO selama ini.
Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP juga mahu kedudukan agama dan sosio ekonomi diletakkan di tempat kedua.
“Saya tidak pernah anti-Melayu atau anti-Islam kerana ia tidak masuk akal untuk menjadi anti-Melayu atau anti-Islam jika seseorang mahu menjadi rakyat Malaysia.
“Kami mahu semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama, untuk menganggap diri mereka yang pertama sebagai rakyat Malaysia dan kedudukan agama atau sosio-ekonomi di tempat kedua,” katanya pada dialog Pakatan Harapan di Derga, Kedah, semalam.
Kit Siang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pemuda UMNO yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam musuh utama orang Melayu kerana berusaha keras untuk merosakkan UMNO.
“Tuduhan bahawa Tun Mahathir adalah lebih anti-Melayu daripada saya adalah sangat pelik dan terpencil, kami berdua bukan anti-Melayu. Bayangkan, Malaysia mempunyai Perdana Menteri selama 22 tahun yang anti-Melayu?.
“Saya berasa pelik – kerana saya bukan sahaja dituduh sebagai anti-Melayu dan anti-Islam oleh penyokong UMNO – saya pada masa sama dituduh menjual hak dan kepentingan orang Cina dan bukan Islam!,” katanya.
The post Kit Siang dakwa tak anti-Islam, anti-Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kit Siang dakwa tak anti-Islam, anti-Melayu
0 Komentar untuk "Kit Siang dakwa tak anti-Islam, anti-Melayu"