MINNEAPOLIS, 13 Zulkaedah 1438H, Ahad – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mengambil alih siasatan berhubung serangan bom, yang tidak mendatangkan kematian atau kecederaan, ke atas Masjid Dar Al Farooq di sini, awal pagi tadi waktu tempatan.
Insiden anti-Islam di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan meningkat secara mendadak sejak tahun lalu, kata Majlis Perhubungan Islam Amerika, yang menawarkan hadiah AS$10,000 (RM42,775) kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga tertangkapnya suspek yang menyerang masjid itu menggunakan bom.
Polis Bloomington, Minnesota, dihubungi kira-kira jam 5.05 pagi berhubung letupan di masjid itu selepas bom dipercayai dilemparkan menerusi tingkap pejabat imam, tatkala umat Islam hendak memulakan solat Subuh.
Pengarah Eksekutif masjid itu, Mohamed Omar memberitahu media, jemaah melihat sebuah trak pikup meluru meninggalkan tempat letak kereta bangunan sejurus selepas letupan.
FBI dalam kenyataan pula berkata, siasatan awal menunjukkan peranti letupan digunakan dalam serangan itu.
Analisis Majlis Perhubungan Islam Amerika pada Mei lalu mendapati 2,213 insiden anti-Islam dilaporkan di AS tahun lalu, meningkat 57 peratus berbanding 2015. – Agensi
The post Masjid di Amerika diserang, tiada kecederaan dilaporkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Masjid di Amerika diserang, tiada kecederaan dilaporkan
0 Komentar untuk "Masjid di Amerika diserang, tiada kecederaan dilaporkan"