Gema Semua Maklumat

Dasar Trump bimbangkan umat Islam AS

Dasar Trump bimbangkan umat Islam AS

MAKKAH, 12 Zulhijjah 1438H, Ahad – Rata-rata jemaah haji Amerika Syarikat (AS), Kanada dan British meluahkan kebimbangan mereka terhadap dasar Presiden Donald Trump yang menyasarkan umat Islam di negara itu.

Seorang ulama Islam dari Tennessee, Yasir Qadhi berkata, sewaktu Trump menjadi calon presiden, dia mencadangkan supaya orang Islam dilarang memasuki AS, malah mengarahkan larangan sementara ke atas beberapa negara majoriti Islam yang disekat oleh mahkamah kerana menyifatkan ia sebagai diskriminasi.

Bagaimanapun katanya, pentadbiran Trump menafikan tindakan itu sebagai hasutan diskriminasi agama, sebaliknya mendakwa ia hanya sebagai langkah keselamatan sosial.

Namun, retorik mengenai ancaman yang ditimbul oleh Islam radikal, antara perkara utama kempennya juga menimbulkan tuduhan bahawa dia berisiko mengasingkan lebih daripada tiga juta rakyat AS yang mengamalkan Islam secara aman.

“Orang ramai marah, suram dan sedikit bimbang. Tiada siapa yang saya tahu gembira dengan keadaan semasa atau pentadbiran semasa. Tidak seorang pun, malah antara kami di sini (jemaah),” katanya.- Agensi

The post Dasar Trump bimbangkan umat Islam AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dasar Trump bimbangkan umat Islam AS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dasar Trump bimbangkan umat Islam AS"

Back To Top