Gema Semua Maklumat

Duit minyak kepada pengundi rasuah

Duit minyak kepada pengundi rasuah

KUALA LUMPUR, 11 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Pemberian elaun perjalanan atau duit minyak kepada pengundi ketika musim pilihan raya adalah rasuah.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, dari segi undang-undang, pemberian sedemikian sama ada dalam bentuk wang tunai atau hadiah tetap rasuah.

“Sebagai contoh, sekiranya pengundi tersebut ditawarkan elaun untuk balik mengundi atau dibayar RM50 supaya dia mengundi seseorang calon, itu sudah dikira sebagai rasuah,” katanya dipetik Sin Chew Daily.

Sebaliknya jelas Azam, jika ada ahli politik yang menawarkan bantuan ikhlas seperti beras atau derma kepada orang miskin, itu tidak dikira sebagai rasuah.

Tambahnya, ikrar pilihanraya juga tidak dikira sebagai rasuah.

“Semasa berkempen, parti-parti politik biasanya akan membuat pelbagai jenis janji seperti mahu membina rumah dan sebagainya, itu tidak dikira sebagai rasuah,” katanya.

The post Duit minyak kepada pengundi rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Duit minyak kepada pengundi rasuah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Duit minyak kepada pengundi rasuah"

Back To Top