Gema Semua Maklumat

Imigresen serah Mustafar Akyol kepada TCO

Imigresen serah Mustafar Akyol kepada TCO

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 5 Muharram 1439H, Selasa – Aktivis liberal Turki, Mustafa Akyol telah diserahkan kepada pegawai kawalan perjalanan (TCO) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 9.30 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Mustafar Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafar berkata, pihak imigresen menahan Akyol yang juga penulis dan wartawan di Turki semalam, selepas menerima permohonan kesan dan tahan daripada TCO.

“Edaran makluman penahanan telah dihebahkan kepada semua kaunter pemeriksaan Imigresen dan sabjek (Akyol) telah ditahan di kaunter 17 balai berlepas KLIA pada jam lebih kurang 9 malam.

“Pegawai yang bertugas di kaunter telah merujuk kepada penyelia bertugas. Kemudian, penyelia bertugas telah menghubungi pihak TCO dan sabjek diserahkan kepada TCO pada jam 9.30 malam,” katanya.

Mustafa Akyol ditahan di KLIA semalam, selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mendesak penganjur, Islamic Renaissance Front (IRF) membatalkan siri ceramah tokoh liberal berkenaan di kampus Universiti Nottingham Malaysia.

Jawi menegaskan Akyol melanggar Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) kerana tidak mempunyai tauliah mengajar agama, manakala Pengarah IRF, Dr Farouk dituduh bersubahat di bawah akta sama.

Mustafa Akyol sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi mendakwa bahawa tiada hukuman untuk dosa di dalam al-Quran.

Dalam forum anjuran IRF juga, beliau berkata, perkara-perkara berkenaan dosa peribadi, al-Quran tidak memberikan sebarang hukuman, namun, ulamak memperkenalkan hukuman ke atas perkara-perkara dosa melalui qiyas.

Malah dalam satu tulisannya, Akyol mendakwa murtad bukan satu kesalahan kerana tindakan keluar Islam dianggap satu bentuk kebebasan beragama, dan perlu dilihat sebagai hak, bukan jenayah.

The post Imigresen serah Mustafar Akyol kepada TCO appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Imigresen serah Mustafar Akyol kepada TCO
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Imigresen serah Mustafar Akyol kepada TCO"

Back To Top