Gema Semua Maklumat

Jenazah mangsa dijangka dibawa keluar petang ini

Jenazah mangsa dijangka dibawa keluar petang ini

KUALA LUMPUR, 24 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Jenazah mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat dijangka dibawa keluar dari unit forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada petang ini selepas bedah siasat.

Keputusan mengenal pasti mangsa hanya dikeluarkan seawal pukul 3.30 petang.

MStar melaporkan, sebanyak 11 jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatussakinah di Batu Caves.

Manakala empat lagi jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang dan empat yang lain dikebumikan di Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Perak.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden telah terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu pada 5.15 pagi Khamis.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti punca kebakaran.

The post Jenazah mangsa dijangka dibawa keluar petang ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jenazah mangsa dijangka dibawa keluar petang ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jenazah mangsa dijangka dibawa keluar petang ini"

Back To Top