Gema Semua Maklumat

PAS mahu Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik digubal sebelum PRU14

PAS mahu Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik digubal sebelum PRU14

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 12 Zulhijjah 1438H, Ahad – PAS bertegas mahu penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dipercepatkan untuk dibentang di sidang Parlimen sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan semalam, yang memaklumkan bahawa akta berkenaan tidak akan dibentangkan di Parlimen sebelum PRU14 atas sebab penggubalannya mengambil masa.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya berpendapat bahawa akta itu seeloknya dikuatkuasakan sebelum PRU14 supaya amalam politik wang dan budaya rasuah dapat dikawal untuk mengelakkan insiden pembelian undi.

Tegas beliau, akta itu penting memandangkan wujud dua isu besar yang sering berlaku ketika pilihan raya umum membabitkan dana diberi kepada parti politik dan politik wang.

“Kedua-dua isu ini boleh merosakkan parti dan negara. Di Malaysia tidak ada akta yang mengawal politik kecuali akta pilihan raya yang mengehadkan jumlah duit kempen pilihan raya umum.

“Apabila tidak ada akta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh berbuat apa-apa. Jika ia tidak dibendung, perkara sebegini akan berterusan.

“Dengan wujudnya akta ini nanti, ia dapat mengawal supaya politik wang tidak akan berlaku. Politik wang akan melahirkan parti yang merosakkan parti politik di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah Tuan Ibrahim juga berkata, pelaksanaan akta itu juga dapat mengelakkan peristiwa seperti dana derma berbilion ringgit daripada negara luar dapat disalurkan tanpa dikesan sehinga ia terbongkar kepada awam.

“Semua ini adalah untuk memastikan pilihan raya dapat diadakan dalam keadaan yang betul-betul adil dan padang yang rata.

“Memandangkan setakat ini, tiada siapa yang tahu bila akan diadakan PRU14, Paul Low perlu mempercepatkan usaha kementeriannya agar akta ini dapat dikuatkuasa sebelum pilihan raya, dan bukannya bernada putus asa bahawa akta ini tidak akan dapat dilaksanakan sebelum PRU14.

“Atau Paul Low sudahpun mengetahui tarikh yang bakal diadakan PRU14?,” soalnya.

Katanya lagi, ramai yang terjejas dalam membuat perancangan ekoran tarikh pilihan raya masih belum diketahui sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Pelbagai acara dikait dengan PRU14, keadaan ini sangat tidak baik bagi sebuah masyarakat dan negara.

“Sepatutnya tarikh PRU14 sudah diumumkan. Ia memudahkan rakyat dan Menteri seperti Paul Low untuk membuat perancangan,” katanya.

The post PAS mahu Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik digubal sebelum PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS mahu Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik digubal sebelum PRU14
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS mahu Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik digubal sebelum PRU14"

Back To Top