Gema Semua Maklumat

Pesta arak, gay: Siapa Tiong Lai nak halang kerja Jakim?

Pesta arak, gay: Siapa Tiong Lai nak halang kerja Jakim?

Kewujudan Jakim ada kaitan dengan orang bukan Islam, sebab orang bukan Islam hidup dalam negara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 4 Muharram 1439H, Isnin – Pendakwah bebas terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyelar Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila mengeluarkan kenyataan biadab mempertikai peranan institusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tiong Lai hari ini dengan nada angkuh berkata, Jakim tidak seharusnya menentukan senarai larangan Jabatan Imigresen berhubung individu yang sepatutnya diharamkan daripada menghadiri pesta gay ‘White Party Bangkok’ 30 September ini.

Katanya, peranan Jakim adalah untuk memantau aktiviti berkaitan dengan umat Islam sahaja, bukannya berkaitan dengan dasar moral dan memantau tingkah laku individu.

“Siapa Tiong Lai untuk mengeluarkan arahan sedemikian? Atas dasar kuasa seorang menteri atau apa? Saya yakin beliau tidak boleh kawal dan memastikan ahlinya mengundi ultra kiasu. Jakim di bawah JPM, Jabatan Imigresen di bawah KDN.

“Jakim adalah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam soal hal ehwal orang Islam. Apa jua perkara yang mengganggu kehidupan kami Jakim ada tanggungjawab. Kewujudan Jakim ada kaitan dengan orang bukan Islam, sebab orang bukan Islam hidup dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

“Jika bukan Islam begitu berani dan amat celupar mencampuri hal ehwal orang Islam, apakah Jakim hanya berdiam diri? Apakah ketika itu, ultra kiasu ini bebas, sebebas bebasnya. Gunakan otak sikit untuk bercakap,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Tiong Lai dalam kenyataan sama turut berkata, masyarakat bukan Islam mempunyai hak untuk memilih cara hidup mereka.

“Minum (alkohol) mungkin sesuatu yang berdosa dalam Islam, tetapi bagi orang bukan Islam, kita mempunyai kebebasan untuk memilih untuk meminum atau tidak. Bukan terpulang bagi mereka (pihak berkuasa) untuk membuat keputusan.

“Sebagai contoh, saya seorang vegetarian, saya tidak minum, tetapi saya menghormati kebebasan rakyat untuk minum, ini adalah hak saya,” katanya.

Selar Ridhuan Tee, walaupun arak adalah kebebasan bukan Islam, mandilah arak, tidak siapa yang larang, tetapi jangan timbulkan masalah kepada orang lain. 

“Boleh dikatakan mereka yang menaiki teksi, grab, uber, semua muntah dalam kereta gara-gara mabuk dan menimbulkan masalah kepada pemandu. Kamu tahukah Mr Presiden? Rata-rata pemandu kenderaan tersebut adalah orang Islam.

“Jika Mr Presiden seorang vegetarian, kuat berpegang kepada agama, senaraikan kepada saya, agama apa yang membenarkan pesta arak dan gay ini. Tersangat hina agama tersebut jika ada yang membenarkan.

“Apakah tidak berdosa minum arak dalam agama atau ajaran bukan Islam. Menteri ini membaca ke tidak? Apakah menteri ini sudah lupa berapa banyak insiden kapal terbang terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas, gara-gara ultra kiasu pemabuk ini menimbulkan masalah kepada keselamatan penumpang? Beliau ambil cakna atau tidak, kementerian yang diketuainya?,” soalnya.

 

The post Pesta arak, gay: Siapa Tiong Lai nak halang kerja Jakim? appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pesta arak, gay: Siapa Tiong Lai nak halang kerja Jakim?
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pesta arak, gay: Siapa Tiong Lai nak halang kerja Jakim?"

Back To Top