Gema Semua Maklumat

Pesta arak: Terserah kepada pihak IPT ambil tindakan

Pesta arak: Terserah kepada pihak IPT ambil tindakan

KOTA BHARU, 4 Muharram 1439H, Isnin – Kerajaan menyerahkan kepada pihak institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap mana-mana pelajar yang menyalahi undang-undang universiti, termasuk menyertai pesta arak Better Beer Festival 2017 awal Oktober ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihak universiti dibenarkan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar yang melakukan perkara yang bercanggah dengan peraturan tanpa perlu arahan atau merujuk kepada menteri.

Katanya, kerajaan sudah membuat keputusan yang bijak berhubung perkara tersebut dan mahu semua pihak akur dan menerimanya dengan terbuka.

“Kita lihat, Negara kita mempunyai rukun Negara, kita selalu lupa rukun Negara, raja berperlembagaan, agama dan sebagainya. Agama ini mustahak (penting).

“Saya ada rakan orang Eropah, tidak minum arak pun, maka apa istimewanya arak ini. Terpulang pada universiti masing-masing,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Idris berkata demikian sebagai diminta mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwa membenarkan penganjur boleh memindahkan lokasi pesta arak ke negeri itu.

Pesta berkenaan sepatutnya diadakan pada 6 dan 7 Oktober ini di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur dengan menampilkan 250 jenama arak dari 43 kilang di seluruh dunia.

Bagaimanapun minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta berkenaan atas sebab keselamatan selain bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

The post Pesta arak: Terserah kepada pihak IPT ambil tindakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pesta arak: Terserah kepada pihak IPT ambil tindakan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pesta arak: Terserah kepada pihak IPT ambil tindakan"

Back To Top