Gema Semua Maklumat

Pesta arak: Tiada kompromi perkara babit keselamatan awam

Pesta arak: Tiada kompromi perkara babit keselamatan awam

BANGI, 5 Muharram 1439H, Selasa – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam sebarang perkara yang melibatkan keselamatan awam.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, keengganan penganjur pesta arak, Better Beer Festival 2017 (BBF17) mematuhi arahan pihak berkuasa yang meminta acara itu dibatalkan dibimbangi boleh mencetuskan risiko keselamatan termasuk serangan keganasan.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis telah menerima maklumat mengenai rancangan kumpulan pengganas untuk melancarkan serangan terhadap pesta itu.

“Kita tidak akan berkompromi dalam perkara yang melibatkan keselamatan awam dan kita harap penganjur faham kerana ia telah diperjelaskan kepada mereka banyak kali,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini juga mendedahkan bahawa kumpulan militan merancang untuk mensabotaj pesta berkenaan, dan tidak menolak kemungkinan berlaku masalah keselamatan yang serius.

Pesta berkenaan sepatutnya diadakan pada 6 dan 7 Oktober ini di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur dengan menampilkan 250 jenama arak dari 43 kilang di seluruh dunia.

The post Pesta arak: Tiada kompromi perkara babit keselamatan awam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pesta arak: Tiada kompromi perkara babit keselamatan awam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pesta arak: Tiada kompromi perkara babit keselamatan awam"

Back To Top