Gema Semua Maklumat

Pinda Akta 164 elak kekeliruan, disalah guna

Pinda Akta 164 elak kekeliruan, disalah guna

PUTRAJAYA, 11 Zulhijjah 1438, Sabtu – Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 perlu dipinda supaya tidak ada individu yang memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin lebih daripada satu.

Merujuk kes seorang peguam beragama Hindu yang mempergunakan Akta 164 untuk membolehkannya berkahwin dua, Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Datuk Mahamad Naser Disa berkata, lelaki itu bersikap lepas tangan dan meletakkan kesalahannya memiliki dua isteri adalah kerana kelemahan akta itu.

“Seorang peguam Hindu di Johor Bahru, peluk agama Islam kerana dia mahu berkahwin satu lagi dengan perempuan Kristian Iban di Sarawak. Lelaki Hindu itu sudah berkeluarga.

“Undang-undang perkahwinan mereka menyatakan mereka tidak boleh berpoligami. Undang-undang mereka monogami. Tapi mereka nak kahwin juga. Jadi mereka memeluk agama Islam,” katanya.

Peguam lelaki itu memeluk Islam, begitu juga wanita Iban. Tetapi, lelaki itu tidak memutuskan perkahwinan sivil dengan isteri pertamanya. Yang si isteri beragama Hindu itu juga tidak memutuskan perkahwinan sivilnya.

Jadi, peguam itu berkahwin secara syariah, tetapi dia tetap balik kepada pada isteri dia yang beragama Hindu.

Memetik laporan Antarapos, Mahamad Naser berkata, Akta 164 itu hanya memberikan ruang untuk pasangan yang tidak memeluk Islam memfailkan petisyen bagi membubarkan perkahwinan sivil dengan bekas pasangannya yang memeluk agama Islam.

Ia bermakna mana-mana mualaf tidak boleh pergi ke Mahkamah Sivil dan memohon untuk membubarkan perkahwinan sivilnya yang terdahulu sehinggalah bekas pasangannya berbuat demikian, katanya.

Justeru, dengan pindaan yang dibuat kelak, ia membolehkan mualaf ke Mahkamah Sivil dan membubarkan perkahwinan terdahulunya.

“Bermaksud tidak semata-mata berharap bekas pasangannya untuk memfailkan petisyen perceraian.

“Kita tak nak orang menggunakan Islam sebagai satu helah untuk mereka untuk mereka hidup secara berpoligami, tetapi mereka tidak ikut perundangan dan cara hidup Islam,” katanya.

The post Pinda Akta 164 elak kekeliruan, disalah guna appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pinda Akta 164 elak kekeliruan, disalah guna
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pinda Akta 164 elak kekeliruan, disalah guna"

Back To Top