SHAH ALAM, 30 Zulhijjah 1438H, Khamis – Seramai 226 pelajar di sekitar Selangor ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes berkaitan dadah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor berkata, penahanan kesemua pelajar berkenaan membabitkan kes salahguna dan pengedaran dadah jenis ganja, heroin dan methamphetamine.
“Pelajar terbabit adalah daripada sekolah menengah, serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
“Dadah popular yang diperdagangkan dan digunakan adalah ganja, heroon dan methamphetamine kerana ia paling mudah didapati,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, polis bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri bagi menangani masalah sosial yang dihadapi pelajar termasuk gangsterisme dan keganasan di sekolah.
Katanya, beberapa agensi terlibat akan mengadakan pertemuan setiap suku tahun untuk membincangkan kaedah pencegahan.
The post Polis Selangor tahan 226 pelajar terlibat dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis Selangor tahan 226 pelajar terlibat dadah
0 Komentar untuk "Polis Selangor tahan 226 pelajar terlibat dadah"