Gema Semua Maklumat

Tubuh pasukan khas siasat skim rumah mampu milik: KPKT

Tubuh pasukan khas siasat skim rumah mampu milik: KPKT

KUALA LUMPUR, 4 Muharram 1439H, Isnin – Satu pasukan khas akan ditubuhkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyiasat dakwaan penipuan dalam pembinaan rumah mampu milik.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan yang akhirnya merugikan rakyat.

Jelas beliau, penubuhan pasukan khas di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta beberapa jabatan lain berkaitan.

Noh berkata, pasukan khas berkenaan akan bertindak mengikut dua aspek iaitu jenayah dan juga saman sivil.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang mendakwa ditipu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib individu-individu terbabit tampil memberi maklumat.

“Saya harap mereka dapat tampil ke hadapan untuk memberi maklumat kepada task force ini, dan bukan sahaja beri nama tetapi juga nama dan (surat) perjanjian yang telah dibuat.

“Bila dah dapat maklumat lengkap ini, saya yakin barulah task force ini dapat mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

 

The post Tubuh pasukan khas siasat skim rumah mampu milik: KPKT appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tubuh pasukan khas siasat skim rumah mampu milik: KPKT
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tubuh pasukan khas siasat skim rumah mampu milik: KPKT"

Back To Top