Gema Semua Maklumat

Cuti bersalin 90 hari: Kerajaan patut beri insentif kepada majikan swasta

Cuti bersalin 90 hari: Kerajaan patut beri insentif kepada majikan swasta

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 14 Safar 1439H, Jumaat – Cadangan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta, perlu ditambah baik dengan memikirkan juga insentif kepada majikan, kata Pengusaha pusat jagaan kanak-kanak, Siti Affiza Mohammad.

Katanya, cadangan Perdana Menteri itu agak mencabar baginya sebagai majikan sektor swasta kerana penambahan cuti 30 hari hanya akan meningkatkan kos syarikat.

Jumaat lalu, ketika membentangkan Bajet 2018, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan cuti bersalin untuk pekerja sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari.

Affiza yang juga Ahli Jawatankuasa Wanita Isma dan sudah 10 tahun berkecimpung sebagai usahawanita berpendapat ramai majikan swasta tidak bersetuju dengan cadangan itu dan berharap ia tidak dilaksanakan.

“Kalau dalam sektor awam mungkin tidak perlu kos tambahan. Tetapi bagi kami sektor swasta, perlu kos tambahan.

“Misalnya pusat asuhan kanak-kanak atau tadika. Bila lebih 60 hari, majikan terpaksa mencari guru lain. Itu semua kos yang perlu ditanggung majikan,” katanya ketika menjadi ahli panel Forum Sudut Pandang Edisi ke-14 bertajuk Bajet 2018: Ke Mana Hala Tuju Negara, malam tadi.

Beliau berkata, amalan cuti 60 hari untuk pekerja sektor swasta ketika ini sudah dianggap baik dan dilaksanakan sejak sekian lama.

Bagaimanapun katanya, jika kerajaan masih berhasrat untuk menjadikan ia sebagai mandatori, kerajaan perlu memikirkan insentif yang patut diberikan kepada majikan swasta.

“Apabila kerajaan mahu memperkenal polisi baharu, jangan diabaikan kami majikan swasta,” katanya.

The post Cuti bersalin 90 hari: Kerajaan patut beri insentif kepada majikan swasta appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Cuti bersalin 90 hari: Kerajaan patut beri insentif kepada majikan swasta
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Cuti bersalin 90 hari: Kerajaan patut beri insentif kepada majikan swasta"

Back To Top