BANGI, 27 Safar 1439H, Khamis – Kerajaan Selangor tidak mengeluarkan sebarang makluman berhubung pemberian kondom percuma kepada generasi muda di negeri itu, bagi mengelakkan daripada penyakit HIV dan Aids, sebagaimana yang tular di laman sosial.
Perkara itu dinafikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei yang menyifatkan ianya sebagai fitnah daripada segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
“Berita ini adalah fitnah semat-mata! Makin terdesak kaum dedak ini,” katanya seperti dilapor Sinar Online, hari ini.
Kebelakangan ini, satu poster memaparkan makluman kononnya kerajaan negeri Selangor akan memberikan kondom percuma di bawah Skim Peduli Sihat bagi mengelakkan generasi muda terdedah kepada HIV dan Aids.
Malah, poster tular berkenaan turut memaparkan gambar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan logo kerajaan negeri.
The post Kerajaan Selangor nafi makluman beri kondom percuma appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan Selangor nafi makluman beri kondom percuma
0 Komentar untuk "Kerajaan Selangor nafi makluman beri kondom percuma"