RIYADH, 21 Safar 1439H, Jumaat – Arab Saudi menahan lebih 200 individu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang dan rasuah berjumlah hampir AS$100 bilion.
Antara yang ditahan termasuk kerabat diraja, menteri, jutawan dan ahli perniagaan terkemuka serta individu berprofil tinggi.
Jabatan Penerangan memetik kenyataan Peguam Negara, Sheikh Saud al-Mojeb berkata, seramai 208 individu telah dipanggil untuk disoal siasat, setakat ini.
“Daripada jumlah itu, tujuh dibebaskan tanpa didakwa. Hasil siasatan sejak tiga tahun lalu, kami menganggarkan sekurang-kurangnya AS$100 bilion (RM418 bilion) sudah disalah guna menerusi salah laku penuh sistematik sejak beberapa dekad lalu,” katanya.
Penahanan itu merupakan tindakan tegas Putera Mahkota Mohammed, bagi menangani skandal rasuah terbesar melanda negara itu.
Terdahulu, sebelas putera raja, termasuk Fahd Bin Abdullah; Turki Bin Naseer; Turki Bin Abdullah; Miteb Bin Abdullah; dan Al Waleed Bin Talal, telah ditangkap.
Selain itu, laporan juga menyebut lebih 1,200 akaun bank dengan nilai berbilion-bilion ringgit milik individu terbabit telah dibekukan atas arahan jawatankuasa memerangi rasuah. – Agensi
The post Rasuah: Arab Saudi tahan lebih 200 individu bantu siasatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rasuah: Arab Saudi tahan lebih 200 individu bantu siasatan
0 Komentar untuk "Rasuah: Arab Saudi tahan lebih 200 individu bantu siasatan"