Gema Semua Maklumat

Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Putrajaya

Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Putrajaya

BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga jam 4 petang.


Ia membabitkan Selangor (Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Turut terjejas beberapa daerah di Johor termasuklah Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Di Pahang, keadaan sama dijangka melanda daerah Bentong dan Bera.

The post Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Putrajaya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Putrajaya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Putrajaya"

Back To Top