BANGI, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Baru-baru ini Gerakan Anti-Arak Murah Malaysia mendesak kerajaan Pulau Pinang menarik balik kebenaran kepada pasar raya dan kedai runcit yang menjual arak beralkohol tinggi.
Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz menyambut baik cadangan berkenaan, namun mahu ia dilaksanakan juga di seluruh Malaysia.
Katanya, jangan hanya di Pulau Pinang, larangan itu perlu dikuat kuasa di semua negeri.
Ini kerana, jika pelaksanaan itu dibuat di Pulau Pinang sahaja, ia tidak begitu berkesan umpama hanya menutup satu pintu sahaja dan membiarkan yang lain terbuka.
“Sebab itu ia perlu dilaksanakan di seluruh negara ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Mengulas lanjut Datuk Hassan berkata, pengambilan minuman beralkohol hanya mengundang kesan negatif, malah turut memecah belahkan masyarakat di negara ini.
“Jika kita lihat, banyak pemimpin dunia di luar sana yang bercelaru yang berpunca pengambilan alkohol dalam kehidupan harian mereka,” katanya.
The post Larangan jual arak patut dilaksana seluruh negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Larangan jual arak patut dilaksana seluruh negara
0 Komentar untuk "Larangan jual arak patut dilaksana seluruh negara"