Gema Semua Maklumat

32,000 rakyat Yaman melarikan diri daripada konflik: PBB

32,000 rakyat Yaman melarikan diri daripada konflik: PBB

NEW YORK, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Lebih 32,000 rakyat di Yaman terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka sepanjang tempoh dua bulan lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Secara keseluruhan, PBB berkata, kira-kira dua juta rakyat Yaman telah dipindahkan akibat konflik yang berlaku dengan Arab Saudi sejak awal 2015.

Agensi Pelarian PBB (UNHCR) dalam satu kenyataannya memberi amaran bahawa peningkatan serangan udara pada musim sejuk menjadikan keadaan di Yaman bertambah buruk dan terjejas.

“Keadaan sejuk di Yaman akan memburukkan lagi penduduk di negara itu, terutama bagi mereka yang tinggal di tempat yang terdedah kepada suhu berkenaan,” kata kenyataan itu.

Jurucakap UNHCR, Shabia Mantoo berkata, serangan yang semakin meningkat di Sana’a, ibu negara Yaman serta wilayah Hudaydah dan Shabwa membawa gelombang baharu pelarian.

Katanya, serangan udara menjejaskan akses bantuan kemanusiaan termasuk air, makanan dan perubatan untuk rakyat di negara itu.

“Kita akan terus memantau korelasi antara serangan yang dipergiat dan korban awam serta perpindahan,” kata Matoo menerusi Twitter, semalam.

UNHCR berkata, konflik terkini negara itu memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang paling teruk di dunia, dengan lebih 22 juta orang memerlukan bantuan.

Sebelum ini, UNHCR mengumumkan 6.8 juta orang tidak mempunyai makanan yang cukup dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan luar.- Agensi

The post 32,000 rakyat Yaman melarikan diri daripada konflik: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 32,000 rakyat Yaman melarikan diri daripada konflik: PBB
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "32,000 rakyat Yaman melarikan diri daripada konflik: PBB"

Back To Top