Gema Semua Maklumat

Pengaruh LGBT bersepah di Wechat, Facebook

Pengaruh LGBT bersepah di Wechat, Facebook

BANGI, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) nampaknya sudah menjadi barah di kalangan masyarakat, khususnya golongan muda.

Tanpa segan silu, perilaku songsang ini rata-ratanya menggunakan media sosial untuk mempengaruhi anak muda, kata penceramah bebas, Ustaz Hanafiah Abd Malek.

Beliau yang juga penaung dan penasihat Pertubuhan Amal Firdausi berkata, pergerakan LGBT ini sudah berkembang di laman sosial, yang mana mereka bergabung di bawah satu bendera pelbagai warna.

“Selain Facebook, aplikasi paling bahaya yang menyebabkan pergerakan ini bertambah kuat adalah melalui WeChat. Melalui medium ini, gabungan LGBT mula berhubung dan berkembang.

“Mereka menggunakan konsep ‘touch & go’, tanpa cinta, mereka melakukan seks sehingga lahir anak luar nikah,” katanya.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, beliau berkata, puak LGBT ini tidak takut kepada pihak berkuasa mahupun hukum agama, tetapi mereka takut dengan penyakit HIV.

“Sebenarnya, setiap daripada mereka mempunyai kaedah tertentu untuk dipulihkan. Golongan ini seorang yang mahir tentang ‘protection’.

“Justeru, di Pertubuhan Amal Firdausi, kami menyediakan satu platform untuk golongan ini kembali ke pangkal jalan. Malah, turut membantu individu yang dijangkiti HIV untuk mendapatkan rawatan yang baik,” katanya.

Selain memantau dan menyekat pengaruh mereka melalui media sosial, jabatan agama Islam dan individu perseorangan juga perlu memainkan peranan menangani wabak LGBT.

“Perlu diingat, mereka nampak lembut di luar namun keras di dalam. Sebaiknya bimbing dan santuni mereka dengan baik. Elakkan menghukum, biarpun mereka ini seorang pendosa.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing. Misalnya mengasingkan bilik tidur antara anak lelaki dan anak perempuan ketika mereka masih kecil. Sekiranya mempunyai anak-anak yang bermasalah, doakan mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.

The post Pengaruh LGBT bersepah di Wechat, Facebook appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Pengaruh LGBT bersepah di Wechat, Facebook
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pengaruh LGBT bersepah di Wechat, Facebook"

Back To Top