Gema Semua Maklumat

CONTOH-CONTOH MAKAR JAHAT YANG BERBALIK KEPADA PELAKUNYA

CONTOH-CONTOH MAKAR JAHAT YANG BERBALIK KEPADA PELAKUNYA -

  1. Adik beradik tiri nabi Yusuf membuat makar ke atas nabi Yusuf. Mereka membuang ke dalam perigi buta. Apa jadi? Akhirnya Yusuf diangkat Allah, jadi menteri kanan Mesir yang dimuliakan. Sementera adik beradik Yusuf itu pula hidup susah, melarat dan malu. Mereka mendapat akibat daripada apa yang mereka cuba lakukan terhadap Yusuf.
  2. Firaun cuba menghalang kelahiran seorang yang diramalkan akan menumbangkan kerajaannya. Lalu, dia membunuh anak-anak lelaki Bani Israil. AKan tetapi, Allah jadikan Musa lahir dna membesar dalam istananya tanpada dia menyedarinya. Akhirnya dia mendapat akibat daripada cubaannya menggagalkan ketentuan Allah SWT.
  3. Betapa gigih Abu Jahal menghalang dakwah nabi SAW. Hatta, dia cuba membunuh nabi SAW. AKhirnya, kebenciannya kepada nabi telah membawanya memerangi nabi dalam Perang Badar. Di situ, dia menemui akibat buruknya. Dia mati terbunuh dan mayatnya menjadi penghuni telaga Qulaib.
  4. Para musuh Imam Bukhari yang hasad dan cuba menghalangnya daripada menyampaikan ilmu di Bukhara, mereka ditewaskan oleh makar sendiri bila berselamg masa. Imam Bukhari disanjung dan namanya tertulis tinta emas, sedangkan mereka yang telah buat makar ke atasnya hilang namanya dan tidak disebut orang.
  5. Banyaklah kisah dalam kehidupan kemasyarakatan, persaingan ilmu, persengketaan kuasa dan politik, perebutan harta dan kekayaan menjadi dalil dan bukti kaedah yang diterapkan oleh Al-Quran.

Jika hari ini anda melihat orang yang berbuat makar menang, jika anda dipanjangkan umur, dapatlah disaksikan bagaimana akibat para pembuat makar. Makar itu maksudnya rancangan licik yang tidak dirasakan kesannya pada masa ia dilakukan. Namun, sesudah itu, barulah nyata setelah terbuka kedoknya. Kesudahan dan akibat adalah makar akan menjadi lantunan balik kepada pembuat makar.


Credit kepada sumber asal Artikel di CONTOH-CONTOH MAKAR JAHAT YANG BERBALIK KEPADA PELAKUNYA
Tag : agama
0 Komentar untuk "CONTOH-CONTOH MAKAR JAHAT YANG BERBALIK KEPADA PELAKUNYA"

Back To Top